Ramadan yang berbeza
IBADAH Ramadan kali ini pasti berbeza di saat Malaysia dan seluruh dunia masih bergelut untuk bebas daripada cengkaman pandemik maut Covid-19.
Pada Ramadan ini, umat Islam bukan sahaja perlu menahan lapar dan dahaga malah aktiviti harian juga perlu disusun atur semula kerana 360 darjah berbeza daripada kebiasaan.
Pelbagai rutin harian yang dijalankan sepanjang bulan puasa ini terpaksa dihentikan untuk sementara waktu selagi negara belum disahkan bebas dari wabak yang sudah meragut 93 nyawa.
Umat Islam perlu bersedia untuk menjalani kehidupan dengan 'kebiasaan baharu' demi memastikan rantaian wabak maut ini berjaya diputuskan.
Seperti tahun sebelum ini, setiap malam sepanjang Ramadan sudah pasti surau dan masjid tidak kira di bandar mahu pun desa dibanjiri umat Islam untuk menunaikan solat Tarawih berjemaah.
Namun itu tidak akan berlaku tahun ini apabila surau dan masjid ditutup untuk sementara waktu dan umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat itu di rumah bersama keluarga.
Kemeriahan ratusan bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis juadah berbuka tidak lagi dirasai dengan ribuan pengunjung berpusu-pusu setiap petang.
Malah, kaedah untuk membeli juadah berbuka puasa juga kini dibuat secara dalam talian seperti e-bazar yang disarankan kerajaan walaupun ia mungkin masih asing untuk segelintir peniaga dan pembeli.
Bukan itu sahaja, lokasi wajib kunjung untuk mendapatkan kelengkapan hari lebaran seperti di Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu kota selain tempat tumpuan membeli-belah lain pasti lengang selepas kawasan terbabit dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana pertambahan mendadak kes Covid-19.
Peniaga juga kini mula melangkah ke platform perniagaan digital untuk memasarkan produk yang dilihat menjadi trend utama masyarakat berbanding kaedah perniagaan konvensional.
Ini antara kebiasaan baharu yang perlu ditempuh rakyat Malaysia demi memastikan pandemik maut itu tidak terus menguasai kehidupan kita selepas ini.
Ketiadaan tiga rutin utama sepanjang Ramadan ini adalah sesuatu yang perlu dilalui dengan tabah kerana kegagalan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan duduk di rumah pasti menyebabkan bencana lebih besar akan berlaku.
Rakyat Malaysia juga diingatkan terus mengurangkan pergerakan khususnya untuk pulang ke kampung sempena Ramadan kerana tidak mahu rantaian penyebaran merentasi sempadan negeri dan daerah.
Kini, semuanya berbeza namun perbezaan ini menjadikan kita untuk lebih menghargai nikmat kesihatan dan dalam masa yang sama mula celik untuk menjadikan kebersihan sebagai kebiasaan seperti ingatan yang dilontarkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah saban hari.
Covid-19 yang boleh dianggap sebagai bencana dunia ini perlu ditangani secepat mungkin dan memerlukan kerjasama serta komitmen penuh rakyat Malaysia dalam membantu barisan hadapan yang bertungkus-lumus 24 jam sehari tanpa henti sejak lebih sebulan lalu.
Ingat, kejayaan 'peperangan' menentang wabak maut ini masih belum berakhir dan secepat mana tempoh pemulihan itu bergantung sepenuhnya kepada komitmen rakyat tanpa mengira latar belakang serta mendapat rahmat dari Allah SWT.