[VIDEO] Hampir Disondol Babi Hutan, Detik Cemas Paksa Pendaki Panjat Pokok


 Aktiviti mendaki gunung atau bukit kini menjadi kegilaan ramai. Biasanya kegiatan riadah ini dilakukan secara berkumpulan sambil diiringi seseorang yang mempunyai kemahiran khusus dalam selok-belok kawasan hutan. Sepanjang melakukan aktiviti ini, pasti banyak pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan bersama rakan-rakan. Samalah seperti satu video ini yang tular di Indonesia.


Semua pakat panjat pokok nak lari daripada babi hutan yang semakin mendekat 

Menerusi video di laman Instagram makassar_iinfo, sekumpulan pendaki dilihat sedang memanjat pokok-pokok yang berada di sekeliling mereka. Tindakan spontan itu dilakukan bagi menyelamatkan diri setelah didatangi seekor babi hutan yang seperti sedang melilau mencari makanan. Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di kawasan Gunung Cikuray, Garut-Jawa Barat



Masing-masing muka acah tenang walaupun melalui detik cemas tidak disangka 

Walaupun berada dalam keadaan yang agak cemas, riak wajah pendaki-pendaki tersebut kelihatan tenang. Mereka turut mendiamkan diri bagi mengelakkan haiwan liar itu mengesan di mana mereka berada. Meskipun masih menggalas beg yang cukup berat, kumpulan tersebut setia menunggu sehingga ia beredar dari tempat tersebut. 


Kalau kena macam ni, orang yang tak pandai panjat pun tiba-tiba boleh naik atas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat malah sempat berseloroh mengaitkan haiwan tersebut dengan individu yang mereka tidak sukai. Ada juga yang turut bergurau supaya mempersiapkan diri dengan kemahiran memanjat pokok dahulu sebelum bersedia mendaki gunung.