ALLAHUAKBAR.. Innalillahi, ajal selepas sehari sambut hari lahir

 

Petaling Jaya: Pemandu maut, manakala lapan pekerja pembersihan cedera dalam kemalangan di Bandar Utama Damansara berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini, pagi ini.
.
Mangsa, Mohamed Zaini Zakaria, 32, yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya semalam disahkan meninggal dunia di lokasi.
.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5.54 pagi.
.
Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah Honda Accord dipandu mangsa melanggar bahagian belakang lori yang dipandu seorang lelaki dengan lapan pekerja kontrak sedang melakukan kerja pembersihan jalan raya.
.
"Akibat rempuhan itu, pemandu kereta tersepit dan anggota berjaya dikeluarkan anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.
.
"Lapan pekerja pembersihan berusia antara 20-an hingga 40-an cedera ringan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menggunakan lima ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
.
Beliau berkata, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.




Baca Juga : Kisah Nabi Muhammad SAW, Sirah Nabawiyah Bagian 4