Padah Kayuh Basikal Ke Genting Sempah, Bella Dally Ditahan Polis Ingkar PKPB

 


Susulan kenaikan jangkitan COVID-19 di beberapa kawasan, Negeri Sabah, Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur telah pun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari 14 sehingga 27 Oktober 2020. Urusan keluar masuk rentas daerah dan juga negeri adalah sama sekali tidak dibenarkan kecuali atas beberapa sebab tertentu.

Dapat kecaman ramai lepas upload gambar berbasikal ke Genting Sempah 

Meskipun arahan telah dikeluarkan, pelakon wanita Bella Dally dipercayai telah melakukan aktiviti berbasikal sehingga memasuki kawasan Genting Sempah yang terletak dalam Negeri Pahang. Difahamkan juga, kejadian tersebut berlaku pada Ahad lalu apabila selebriti berusia 29 tahun itu telah memuat naik aktiviti dilakukan di laman Instagram miliknya.



Ditahan semalam sebelum diambil keterangan berkaitan kesalahan yang dilakukan

Rentetan itu, pihak Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Gombak telah mengesahkan wanita tersebut ditahan semalam. Keterangan berkaitan kejadian juga telah diambil sebelum dirinya dilepaskan dengan jaminan. Menerusi laporan Harian Metro, pelakon yang popular dengan drama ‘Adellea Sofea’ itu dipercayai bergerak dari kediamannya di Dutamas sebelum tinggalkan kenderaannya berhampiran sebuah gerai di Gombak. Artis berkenaan dan rakannya kemudian mengayuh basikal melalui jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah sejauh 10km sebelum berpatah balik.




Baca Juga : Kisah Nabi Muhammad SAW, Sirah Nabawiyah Bagian 4