[VIDEO] Awal Kemain Fokus Mengaji, Sekali Berdekah Tengok Reaksi Last Adik Ni

 

Ibarat ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, ibu bapa harus berusaha untuk memberikan ilmu agama kepada anak-anak sejak kecil lagi. Ia dilakukan dengan tujuan memastikan mereka dapat menjadi umat Islam sejati apabila dewasa kelak. Namun tidak dinafikan pasti ada sahaja gelagat mencuit hati yang dilakukan si cilik tersebut terutamanya ketika baru belajar mengaji.

Tekun mengaji depan atuk, lancar sebut huruf hijaiyah… sekali fokus terganggu sampaiterpacul perkataan ‘penat’ 

Puan Rini Rahman telah berkongsi gelagat anak perempuannya yang sedang tekun mengaji di hadapan datuknya. Dengan lengkap bertudung, si cilik yang bernama Maryam ini dilihat bijak menyebut huruf hijaiyah satu per satu meskipun ada tersilap beberapa kali. Namun entah mengapa fokus kanak-kanak tersebut mula terganggu sehingga terpacul perkataan ‘penat’ darinya.



Suka betul sebut huruf akhir tu, nak cepat habis la agaknya…semoga jadi anak solehah bila dah besar nanti 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui terhibur melihat ragam kanak-kanak berkenaan yang seboleh-bolehnya nak cepat habis mengaji sehingga tersilap sebut huruf hijaiyah. Selain itu, mereka juga mendoakan agar Maryam menjadi insan yang solehah apabila sudah dewasa kelak. Secara keseluruhan, paparan berkenaan telah berjaya meraih 28 ribu share setakat ini.




Baca Juga : Viral! Video Sebuah Mobil Tabrak Masjidil Haram