20 Tahun Kahwin, Bekas Suami Tak Nak Hulur Nafkah Walau Sesen BuatIbu 5 Anak

 


Soal nafkah adalah perkara yang tidak boleh dibuat main. Sama ada masih lagi bersama atau tidak, tanggungjawab berkenaan wajib dilakukan oleh seorang suami. Namun, berbeza dengan situasi yang dilalui seorang wanita ini apabila bekas suaminya enggan bertanggungjawab.




Penat uruskan soal perpisahan dan nafkah. Tak berharap bekas suami akan sara hidup

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Dzuriasikim Dzulkefli, ibu kepada lima orang anak itu telah menceritakan detik penyelasaian soal perpisahan antara dia dan bekas suami. Baginya, proses menuntut hak untuknya dan anak-anak adalah sesuatu yang sangat memenatkan apabila pihak di sebelah sana enggan menjalankan tanggungjawab.

Suami bertegas tidak mahu hulurkan ‘saguhati’ walaupun pernah bersama selama 20 tahun 

Memandangkan kedua-duanya pernah berkahwin selama 20 tahun, pihak mahkamah telah bertanya jika bekas suami bersedia untuk menghulurkan saguhati atau nafkah buat si isteri. Namun dukacitanya, lelaki berkenaan mengatakan tidak.




Tidak terlampau bersedih, percaya rezeki sentiasa ada daripada Allah S.W.T 

Walaupun dirinya waktu itu tidak bekerja dan mempunyai sebarang simpanan, dia tetap percaya rezeki Allah itu luas. Wanita itu reda jika bekas suaminya betul-betul tidak mampu untuk menghulurkan nafkah. Baginya, adalah lebih baik untuk bersikap memaafkan dan berhenti berharap kepada insan bergelar manusia.