Dua maut tersepit nahas dua kenderaan
SLIM RIVER - Dua individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan
Kampung Klah, Kampung Klah Baru di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak memaklumkan sepasukan anggota
dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima
panggilan pada jam 11.04 pagi.
“Kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Saga serta melibatkan ga
mangsa. Dua mangsa tersepit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Manakala seorang lagi mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Slim River,” katanya.
Menurutnya, operasi mengeluarkan mangsa turut dibantu pasukan dari Balai Bomba dan
Penyelamat Slim River dan tamat pada jam 1.45 petang.
Baca Juga : Kisah Utsman Bin Affan


