‘Kantoi’ Dengan Warden Sebab Fly Hostel, Allahu Sebaknya Bila Tahu Hal Sebenar

 


Pasti ramai yang beranggapan kehidupan sebagai seorang pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) sentiasa mewah. Meskipun tidak mempunyai sebarang komitmen hutang, namun kos kehidupan mereka kadangkala melebihi kemampuan. Bahkan ada yang sanggup mengorbankan masa untuk mendapatkan wang saku dengan melakukan kerja part time.

Lumrah kehidupan pelajar IPT, semua benda nak pakai duit 

Menerusi posting di Facebook, Cikgu Mohd Fadli Salleh menyatakan bahawa seorang penuntut IPT ditahan selepas didapati menyelinap keluar dari asrama pada tengah malam. Namun warden bertugas terus memaafkan kesalahannya selepas mengetahui dia melakukan perkara tersebut untuk bekerja. Malah guru berkenaan memahami situasi pemuda itu yang terpaksa menanggung pelbagai perbelanjaan demi meneruskan pengajian.




Kagum dengan pengorbanan pemuda itu…sanggup kerja walaupun gaji rendah 

Cikgu Mohd Fadli Salleh turut mengagumi sikap anak muda itu kerana sanggup bekerja sebagai kontraktor pembersihan meskipun hanya menerima gaji harian yang rendah. Bahkan, pelajar tersebut juga tidak kisah untuk melakukan aktiviti itu pada setiap hujung minggu.




Tindakan salah & tak boleh dikecualikan…bantu kirkan cara lain untuk pelajar tu 

Namun pihak warden dikatakan akan tetap mengambil tindakan terhadap pelajar berkenaan kerana telah tidak mematuhi peraturan asrama. Menurut Cikgu Mohd Fadli Salleh, beberapa usaha akan dilakukan agar dapat membantu individu tersebut mencari wang saku sendiri.

Budak ini lompat pagar asrama tengah malam 3 hari lepas. Kena tangkap dengan jaga, jaga contact warden untuk tindakan...

Geplaatst door Mohd Fadli Salleh op Zondag 18 oktober 2020




Baca Juga : Kisah Nabi Muhammad SAW, Sirah Nabawiyah Bagian 3